Tuesday, 14 January 2014

Barbecue Sauce...Easy cooking

Hari ni ,saya nak share cara nak buat sos bbq yang paling senang di alam semesta..he..he..he..he..he..Selamat mencuba resepi ini.. :)



BBQ Sauce

BARBECUE SAUCE

Preparation time : 15 minutes
Total cooking time : 10 minutes
Serves 4

2  Teaspoons Oil
1  Small Onion, finely chopped
1  Tablespoon malt vinegar
1  Tablespoon soft brown sugar
1/3 cup (80ml) Tomato sauce
1  Tablespoon Worcestershire sauce


  • Heat the oil in a small pan and cook the onion over low heat for 3 minutes, or until soft, stirring occasionally.
  • Add the remaining ingredients and bring to boil. Reduce the heat and simmer for 3 minutes, stirring occasionally. Serve warm or at room temperature.Can be kept , covered and refrigerated, for up to a week.


Chicken with BBQ sauce.

Monday, 6 January 2014

HELLO 2014....






 


 This Gold Cow is mine!

Assalamualaikum & Hi Semua........

Hari ini sudah 1 minggu kita masuk tahun baru 2014, saya yakin pelbagai kenangan manis & pahit kita lalui sepanjang tahun lepas. Saya juga tidak berkesempatan untuk mencoret sebarang post dalam blog ini sepanjang tahun 2013. Semoga tahun 2014 ,Allah permudahkan segala urusan kita dan berjaya dalam apa yang kita lakukan.



Tahun ini saya akan cuba untuk berkongsi dengan anda semua seberapa banyak tips-tips memasak dan resepi terutamanya dalam masakan barat. Saya juga menyediakan khidmat menyediakan dan menghantar BBQ set.He..he...he..he...nantikannya di pasaran!!! Saya gerenti anda berpuas hati. 

Sausage...
Salad....
Ayam kampung...buat BBQ memang BEST!!!
BBQ Lamb...

Ok semua setakat ini sahaja coretan saya untuk hari ini, teruskan mengikuti blog saya. Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat...


He..he..he...c u all in youtube, FB dan apa2 lah yang online !

Friday, 30 November 2012

KEK KUKUS VANILA

KEK KUKUS VANILLA



Sesekali membelek koleksi buku-buku resepi terjumpa pula dengan satu resepi yang saya rasa senang untuk dibuat.Mata saya terpaku di halaman KEK KUKUS VANILA..emmm..bunyi macam sedap..Saya lebih suka memasak masakan barat dan pasta berbanding pencuci mulut. Tetapi bila dah masak kek kukus vanilla ni ...memang sedap dimakan dan sangat mudah untuk dibuat..Mari kita lihat apa barang2 yang perlu dan macam mana nak buat kek ni...

Bahan2

100 gram gula kastor
100 gram mentega
2 biji telur
10 gram serbuk penaik
150 Tepung gandum   - diayak bersama serbuk penaik.
2 camca besar susu segar UHT
1/2 camca teh esen vanilla

Cara membuatnya

1. Pukul mentega ,esen vanila dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur dan susu.
3. Kacau adunan serta masukkan tepung .Kacau hingga sebati.
4.Lenserkan tin kek kecil dengan majerin cair.Sudukan adunan memnuhi dua per tiga tin sahaja.
5. Tutup tin dengan 2 keping kertas minyak,ikat sekelilinganya dengan getah atau tali (utk mengelakkan kek  dimasuki air).
6. Kukus selama 40-45 minit.

OK semua selamat mencuba!!



SIMPLE DECO- coz tinggal 2 pcs ni je lg..ha..ha..




Tuesday, 9 October 2012

My Journey Through Food.


He..he..he....once in a while in a pool.....enjoy!


I started my profession as Chef in year 1997. My first working place is at De palma hotel Ampang,Kuala Lumpur Malaysia. I dont have any experience in hotel industry before, but after I have finished my school , I went to KL and stay with my sister. The hotel is very near to her house ,so I went there to find job.

Visiting Kuching Sarawak


Starting as steward then promoted to be a kitchen helper .After a few month I was promoted as commis 3. The salary is enough for me- for that time. And I manage to Balik Kampung twice a week to see my lovely mother.She support me a lot,and I'm really thankful to have her in my life.


My mom with my elder brother and his wife


In year 1999, I went for interview at Impiana Hotel Pudu (now known as Ancasa Hotel) as commis 2 and its end as Commis 1 before I went to Lanson Place Ambassador Row at Jln Ampang KL as Demi Chef.After gaining a few year of experince there I come back to De Palma again as CDP .I promoted to be a Jr Sous Chef (since 2007-July 2012). Now, I'm a Jr Sous Chef at an exclusively resident somewhere here in KL. New environment, new knowledge,new experience and new staff..ha..ha..ha...Such a beautiful life as a CHEF....
Hooooraaayyyyy....

Food plating with staff


Along my career as a  Chef there are an Achievement I made for my self such as awarded as Anggota Perkasa Syarikat Anak PKNS Selangor, Silver medal winner in Culinaire year 2007 and Bronze medal in year 2011. I was oppurtunately collaborate with Chef Marco from Italy, demonstrating pasta cooking at Perdana Lake Club.

The "Bronze" Food..culinaire 2011

The "Silver" food...culinaire 2007

Alhamdulillah....I'm The Best

With friends who shortlisted..


Photo session
 There a lot of things that I want do and achive in this profession, InsyaAllah, may Allah bless me along my journey to my success. Thanks to those who help and supported me all these years..

These a few of my food collections foto....

Shrimp Cocktail

Salad

Wantan Noodle soup

Ice cream














Monday, 8 October 2012

Resepi: Kek Span tanpa Menggunakan Lemak

Assalamualaikum....hari ini sya nak kongsi satu resepi yang sangat senang, even budak 7 tahun boleh buat..ha..ha..ha..(gurau je). Di bawah ini adalah bahan2 dan cara membuat kek span tanpa menggunakan lemak / majerin. Cubalah ye...

 

KEK SPAN TANPA LEMAK 


Bahan-bahan 

75 gm Gula Kastor
75 gm Tepung Gandum
Secubit garam - diayak bersama tepung 
3 biji Telur Ayam (saiz besar)
1 Camca besar Air Suam

Cara Membuatnya 

1. Satukan telur,tepung dan gula.Gunakan pemutar elektrik dan putar selama 5 minit atau sehingga adunan agak gebu.

2. Tuangkan adunan ke dalam tin pembakar dan bakar dengan ketuhar bersuhu 190 darjah celcius selama 5 minit.

3. Sejukkan kek sebelum dipotong.

Selamat mencuba..!!!!!


Tuesday, 2 October 2012

KEK : Asas penyediaan

Assalamualaikum...

Hi everybody, hari ini saya nak kongsi asas penyediaan kek dengan anda semua. Saya tahu ramai di luar sana yang suka membuat kek sendiri dan selalu ingin mencuba kek-kek terbaru di 'pasaran"...he..he..he..ikut trend.Tapi kali ini saya kongsi dalam bahasa Melayu kerana ada diantara rakan-rakan saya yang tidak berapa suka bahasa lain... he..he..he..Tips-tips yang akan dikongsikan dalam blog saya ini adalah asas kepada penyediaan kek, kerana selepas ini saya akan kongsi beberapa jenis kek dengan anda semua.

    

Penyediaan asas memainkan peranan penting dari segi rupa, rasa dan tekstur keseluruhan kek. Di sini ada beberapa petua yang patut diambil kira sebelum memulakan penyediaan membuat kek.

  1. Ikut arahan resipi dengan teliti.
  2. Pastikan setiap sukatan adalah tepat,gunakan alat penimbang,sudu penyukat (bukan sudu biasa) dan bikar penyukat yang betul.
  3. Kawal suhu dengan tepat.Pastikan ketuhar anda boleh diselaraskan mengikut suhu dan kepanasan yang tercatat dalam resipi.
  4. Rupa bentuk kek bergantung kepada kerapian anda mengalas dan melenserkan tin-tin kek.Tin mestilah dilenserkan dengan majerin cair dan dialas dengan kertas minyak dan dilenserkan semula.Kertas minyak mestilah digunting rapi dan kemas.
  5. Tekstur dan rasa pula bergantung kepada mutu bahan-bahan yang digunakan dan juga dari segi kerapian penyediaan asas: 
  • Tepung - gunakan tepung yang betul. Tepung berprotein tinggi untuk roti atau barangan beryis.Tepung berprotein rendah sesuai untuk kek dan pastri. Ia mestilah diayak dahulu dengan secubit garam ( jika menggunakan bahan-bahan seperti serbuk penaik atau soda bikarbonat, pastikan  ahan-bahan ini diayak bersama dengan campuran tepung). Dengan ini ia bukan sahaja dapat menambah udara bahkan juga memastikan bahan-bahan lain digaul rata.
  • Lemak - mentega paling sesuai untuk kek,pastri dan roti.Ia tidak boleh dinafikan dari segi citarasa dan ketahanan penyimpanan (keeping quality).
  • Majerin - lemak yang setanding mentega daripada segala segi melainkan cita rasa.
  • Minyak Sayuran - sesuai untuk kek span,chiffon ,roti dan juga biskut.
  • Gula - gula kastor yang bermutu tinggi dan agak halus patut menjadi pilihan utama.Gula perang pula sesuai untuk kek buah,kek coklat dan biskut.Gula aising mestilah diayak sebelum digunakan untuk mendapatkan produk berkualiti.                                                                  


  • Telur - pastikan telur dikeluarkan dari peti sejuk sekurang-kurangnya 1jam sebelum memulakan kerja-kerja mengadun. Putih dan kuning telur yang agak dingin tidak akan mengembang dengan baik apabila diputar.Keringanan tekstur kek bergantung kepada udara yang terperangkap apabila diputar.
  • Serbuk penaik - pastikan ia digunakan mengikut kuantiti yang tercatat di resipi.Kek yang mengandungi serbuk penaik yang berlebihan akan kelihatan elok naiknya tetapi akan mendap semula sebaik sahaja ia dikeluarkan dari ketuhar.

           

 

Sunday, 30 September 2012

Easy Recipe: POTATO CROQUETTES

 Assalamualaikum...hi everybody...today I like to share a very basic and easy recipe from western cuisine.Here the potato croquettes, I'm sure everybody loves this food... enjoy cooking !!!!


POTATO CROQUETTES


Ingredients 

750g flourly potatoes,peeled and chopped
2 tablespoons cream or melted butter
3 eggs,lightly beaten
1/4 teaspoon nutmeg
plain flour,for coating
1 1/2 cups dry breadcrumbs 
oil for deep frying

Methods of cooking 

1. Boil the potato in salted water until tender,drain and mash.Stir in the  cream or butter ,one-third of the beaten egg,nutmeg and some salt and pepper.Spread onto a plate ,cover and refrigerate for at least 30 minutes.  

2. Divide the mixture into 12 even sized portions and form each into a  sausage shape about 8cm (3 inches) long. Roll the croquettes in flour and shake off the excess. Dip in the remaining egg,coat evenly in the breadcrumbs and then shake off the excess. Cover and refrigerate for at least 2 hours.

3. Half fill a deep heavy-based pan with oil and heat to 180 degree celcius (a cube of bread dropped in the oil will brown in 15 seconds). Cook the croquettes in batches for 5 minutes, or until golden. Remove carefully, drain on paper towels and keep warm.  



Preparation time : 45 minutes + refrigeration
Total cooking time : 5-10minutes
Makes 12