Saturday, 25 January 2014

MAKANAN DAN TUBUH KITA

Makanan dan Tubuh Kita.

Buah-buahan dan kekacang adalah sejenis makanan yang memiliki kandungan gizi,vitamin dan mineral yang pada umumnya sangat baik untuk dimakan setiap hari dan ternyata kesan sampingan apabila memakannya amat minimum tau hampir tiada.Selain itu harganya juga lebih murah berbanding dengan ubat-ubtan berbentuk suplemen.

Tahukah anda ada sesetengah buah-buahan dan kekacang ini bentuknya mewakili beberapa bahagian tubuh kita.Tanpa kita sedari,Allah sudah sediakan secara terang-terangan makanan yang terbaik untuk tubuh kita melalui keajaibannya.Di bawah ini kita dapt lihat kandungan ,khasiat dan manfaat dari beberapa jenis buah yang ada di bumi.

LOBAK MERAH TINGKATKAN ALIRAN DARAH MATA


Lobak yang dihiris kelihatan seperti mata manusia.Pupil,iris dan garisan jejari seakan-akan mata manusia.Sains telah membuktikan lobak meningkatkan alirandarah dan fungsi mata.Kajian oleh para siantis mendapati Beta Carotine (vit A) memainkan banyak perananpentingdalam tubuh,termasuk perlindungan tubuh daripada penyakit,membantu dalam pembentukan tulang,membantu dalam pertumbuhan sel,menyeimbangkan kadar kolestrol, dan memperlambatkan proses penuaan.Ini adalah antioksidan yang sangat berharga.


TOMATO MAKANAN JANTUNG

Tomato mempunyai empat ruang atau bilik berwarna merah seperti jantung manusia.Ia merupakan sumber bagi mengurangkan risiko penyakit jantung dan sesetengah barah.Buah ini kaya dengan likopin yang merupakan sumber makanan jantung dan darah.

        

ANGGUR DAN JANTUNG

Anggur tergantung dalam kelompok yang mempunyai bentuk seperti jantung. Setiap biji anggur kelihatan seperti sel darah.Kajian yang dijalankan menunjukkan anggur adalah makanan yang memberi tenaga kepada jantung dan darah. Sekitar 20-25% isinya gula yang cepat masuk ke dalam aliran darah, baik untuk mereka yang banyak melakukan kegiatan fizikal dan mental kerana anggur berupaya menghilangkan rasa penat dan menghapuskan anomia..

Kandungan zat besi dan gula di dalamnya juga menjadi ubat bagi pesakit "liver",ginjal dansistem pencernaan. Anggur merangsang kepada berfungsinya ginjal dan membantu mengeluarkan hampas-hampas tubuh seperti urea. Dengan mengeluarkan air yang berlebihan daripada tubuh,anggur menurunkan tekanan darah.Para penderita ulcer perut ,magrain,radang sendi,radang usus kecil, rematik dan mereka yang keracunan, disaran minum jus buah anggur.


No comments:

Post a Comment