Hari ini saya nak kongsi resepi buat kek sandwic Victoria. Kek ni memang senang nak dibuat dan ia sangat sedap..(bg saya lah). Oleh kerana saya suka kek ini ,saya nak share dengan anda semua resepinya...selamat mencuba... :)
KEK SANDWIC VICTORIA
BAHAN-BAHAN
250g tepung berserbuk penaik
secubit garam
250g majerin
250g gula castor
5 biji telur
1/2 camca teh esen vanilla
3 camca besar jem strawberi
3 camca besar air
100g gula aising
CARA MENYEDIAKAN
- Ayak tepung dan garam bersama. Masakan jem strawberi bersama air tadi hingga larut...biarkan dahulu
- Pukul majerin dan gula sehingga kembang.Masukkan telur sebiji demi sebiji.
- Masukkan tepung yang telah diayak.Kacau hingga sebati. Tuangkan adunan ke dalam tin pembakar yang telah dilenserkan dengan majerin cair.
- Bakar didalam ketuhar bersuhu 170darjah celcius atau menggunakan gas no 3.
- Setelah ia masak,keluarkan dari acuan dan sejukkan.Potong kek kepada 2 lapis dan sapukan jem ditengah-tengahnya.
- Hiaskan permukaan kek dengan menaburkan sedikit gula aising (gunakan pengayak tepung)
Victoria sandwich cake ... |
No comments:
Post a Comment