Sunday, 26 January 2014

KEK SANDWIC VICTORIA

Hari ini saya nak kongsi resepi buat kek sandwic Victoria. Kek ni memang senang nak dibuat dan ia sangat sedap..(bg saya lah). Oleh kerana saya suka kek ini ,saya nak share dengan anda semua resepinya...selamat mencuba... :)


KEK SANDWIC VICTORIA


BAHAN-BAHAN

250g tepung berserbuk penaik
secubit garam
250g majerin
250g gula castor
5 biji telur
1/2 camca teh esen vanilla
3 camca besar jem strawberi
3 camca besar air
100g gula aising 

CARA MENYEDIAKAN

  • Ayak tepung dan garam bersama. Masakan jem strawberi bersama air tadi hingga larut...biarkan dahulu
  • Pukul majerin dan gula sehingga kembang.Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  • Masukkan tepung yang telah diayak.Kacau hingga sebati. Tuangkan adunan ke dalam tin pembakar yang telah dilenserkan dengan majerin cair.
  • Bakar didalam ketuhar bersuhu 170darjah celcius atau menggunakan gas no 3.
  • Setelah ia masak,keluarkan dari acuan dan sejukkan.Potong kek kepada 2 lapis dan sapukan jem ditengah-tengahnya.
  • Hiaskan permukaan kek dengan menaburkan sedikit gula aising (gunakan pengayak tepung)  


Victoria sandwich cake ...
KACANG WALNUT BANTU FUNGSI OTAK

     

Sebiji kacang walnut seperti bentuk otak yang kecil, bahagian kiri dan kanan, sereberum atas dan bawah.Malah kedutannya menyerupai neo-korteks.Kini kita telah tahu bahawa kacang walnut membantu mengeluarkan 3 dozen neuro transmiter untuk fungsi otak.Ia juga dikatakan berupaya menyembuhkan penyakit dimentia.


SAYUR SADERI, KEJU DAN TULANG

Sayur saderi, bok choy, rubarb dan banyak lagikelihatan seperti tulang.Sayur-sayuran ini adalah untuk kekuatan tulang. Tulang terdiri daripada 23% sodium yang terkandung dalam sayur-sayuran ini.Jika anda kekurangansodium,badan anda akan menariknya daripada tulang anda menjadikan ia lemah.Makanan ini akan mengantikan kehendak sketetal badan anda.

      

Keju dan lubangnya menyerupai tulang dalam tubuh kita.Kita semua tahu keju baik untuk menguatkan tulang kerana kaya dengan Kalsium. Kalsium adalah bahan utama penguat tulang dan juga mengurangkan risko osteoporosis.Kajian oleh Universiti Colombia New York mendapati remaja yang mengambil Kalsium 800mg hingga 1,200mg setiap hari dengan memakan sekeping keju menyumbang kepada kekuatan tulang sebanyak 6%.

BUAH TIN/ARA TINGKATKAN SPERMA LELAKI

Buah Tin atau buah Ara mempunyai biji yang banyak dan bergantung di pokok dua setangkai. Buah Tin dapat meningkatkan motiliti sperma lelaki serta meningkatkan jumlahnya dan juga mengatasi masalah kemandulan lelaki. Agaknya ia menyerupai apa ya?
   

Saturday, 25 January 2014

MAKANAN DAN TUBUH KITA

Makanan dan Tubuh Kita.

Buah-buahan dan kekacang adalah sejenis makanan yang memiliki kandungan gizi,vitamin dan mineral yang pada umumnya sangat baik untuk dimakan setiap hari dan ternyata kesan sampingan apabila memakannya amat minimum tau hampir tiada.Selain itu harganya juga lebih murah berbanding dengan ubat-ubtan berbentuk suplemen.

Tahukah anda ada sesetengah buah-buahan dan kekacang ini bentuknya mewakili beberapa bahagian tubuh kita.Tanpa kita sedari,Allah sudah sediakan secara terang-terangan makanan yang terbaik untuk tubuh kita melalui keajaibannya.Di bawah ini kita dapt lihat kandungan ,khasiat dan manfaat dari beberapa jenis buah yang ada di bumi.

LOBAK MERAH TINGKATKAN ALIRAN DARAH MATA


Lobak yang dihiris kelihatan seperti mata manusia.Pupil,iris dan garisan jejari seakan-akan mata manusia.Sains telah membuktikan lobak meningkatkan alirandarah dan fungsi mata.Kajian oleh para siantis mendapati Beta Carotine (vit A) memainkan banyak perananpentingdalam tubuh,termasuk perlindungan tubuh daripada penyakit,membantu dalam pembentukan tulang,membantu dalam pertumbuhan sel,menyeimbangkan kadar kolestrol, dan memperlambatkan proses penuaan.Ini adalah antioksidan yang sangat berharga.


TOMATO MAKANAN JANTUNG

Tomato mempunyai empat ruang atau bilik berwarna merah seperti jantung manusia.Ia merupakan sumber bagi mengurangkan risiko penyakit jantung dan sesetengah barah.Buah ini kaya dengan likopin yang merupakan sumber makanan jantung dan darah.

        

ANGGUR DAN JANTUNG

Anggur tergantung dalam kelompok yang mempunyai bentuk seperti jantung. Setiap biji anggur kelihatan seperti sel darah.Kajian yang dijalankan menunjukkan anggur adalah makanan yang memberi tenaga kepada jantung dan darah. Sekitar 20-25% isinya gula yang cepat masuk ke dalam aliran darah, baik untuk mereka yang banyak melakukan kegiatan fizikal dan mental kerana anggur berupaya menghilangkan rasa penat dan menghapuskan anomia..

Kandungan zat besi dan gula di dalamnya juga menjadi ubat bagi pesakit "liver",ginjal dansistem pencernaan. Anggur merangsang kepada berfungsinya ginjal dan membantu mengeluarkan hampas-hampas tubuh seperti urea. Dengan mengeluarkan air yang berlebihan daripada tubuh,anggur menurunkan tekanan darah.Para penderita ulcer perut ,magrain,radang sendi,radang usus kecil, rematik dan mereka yang keracunan, disaran minum jus buah anggur.


Tuesday, 14 January 2014

Barbecue Sauce...Easy cooking

Hari ni ,saya nak share cara nak buat sos bbq yang paling senang di alam semesta..he..he..he..he..he..Selamat mencuba resepi ini.. :)



BBQ Sauce

BARBECUE SAUCE

Preparation time : 15 minutes
Total cooking time : 10 minutes
Serves 4

2  Teaspoons Oil
1  Small Onion, finely chopped
1  Tablespoon malt vinegar
1  Tablespoon soft brown sugar
1/3 cup (80ml) Tomato sauce
1  Tablespoon Worcestershire sauce


  • Heat the oil in a small pan and cook the onion over low heat for 3 minutes, or until soft, stirring occasionally.
  • Add the remaining ingredients and bring to boil. Reduce the heat and simmer for 3 minutes, stirring occasionally. Serve warm or at room temperature.Can be kept , covered and refrigerated, for up to a week.


Chicken with BBQ sauce.

Monday, 6 January 2014

HELLO 2014....






 


 This Gold Cow is mine!

Assalamualaikum & Hi Semua........

Hari ini sudah 1 minggu kita masuk tahun baru 2014, saya yakin pelbagai kenangan manis & pahit kita lalui sepanjang tahun lepas. Saya juga tidak berkesempatan untuk mencoret sebarang post dalam blog ini sepanjang tahun 2013. Semoga tahun 2014 ,Allah permudahkan segala urusan kita dan berjaya dalam apa yang kita lakukan.



Tahun ini saya akan cuba untuk berkongsi dengan anda semua seberapa banyak tips-tips memasak dan resepi terutamanya dalam masakan barat. Saya juga menyediakan khidmat menyediakan dan menghantar BBQ set.He..he...he..he...nantikannya di pasaran!!! Saya gerenti anda berpuas hati. 

Sausage...
Salad....
Ayam kampung...buat BBQ memang BEST!!!
BBQ Lamb...

Ok semua setakat ini sahaja coretan saya untuk hari ini, teruskan mengikuti blog saya. Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat...


He..he..he...c u all in youtube, FB dan apa2 lah yang online !